Kerjaya politik Mokhzani_Mahathir

Seperti adiknya Mukhriz, Mokhzani adalah seorang ahli perniagaan dan telah memainkan peranan yang aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan pada satu masa berkhidmat sebagai bendahari pemuda. [2][3] Sehingga 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah,[4] tetapi telah tidak aktif dalam aktiviti politiknya. Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO,[5] selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar.[6]